Encik
Ibnu Hj. a.k Baba,Pegawai Daerah Tuaran(kiri),Datuk Seri Panglima
Wilfred Madius Tangau(dua dari kiri), Datuk Joniston Bangkuai ,(tiga
dari kanan) dan Dr. Rosalyn Gelunu,Pengerusi Penganjur Bulan Melawat
Kiulu, mengakat tangan tanda bagus dalam gimik majlis pelancaran bulan
melawat kiulu 2017,hari ini.-Gambar Oleh Alex MairinKIULU: Kiulu bakal dikenali di persada dunia selepas pelaksanaan
pelbagai program untuk mempromosikan dan seterusnya membangunkan
industri pelancongan di kawasan ini.Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Seri
Panglima Wilfred Madius Tangau, Kiulu kaya dengan tempat menarik yang
boleh dibangunkan untuk menjadi destinasi pelancongan.
“Kita mahu agar kawasan ini dikenali hingga ke seluruh dunia kerana
tempat ini kaya dengan nilai sektor pelancongan dan bersama-samalah kita
untuk menyokong pembangunan kawasan pelancongan di tempat ini.”
“Potensi pelancongan ini jika dibangunkan bukan sahaja akan menarik
lebih ramai pelancong datang ke kawasan ini malah secara tidak langsung
ia juga menyumbang sebagai sumber pendapatan masyarakat
setempat,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis
Pelancaran Bulan Melawat Kiulu, di Rumah Tradisi Kiulu, di sini, hari
ini.
Beliau turut menyeru orang ramai agar tidak terpengaruh dengan
dakwaan sesetengah individu yang menyatakan bahawa Kiulu tidak
menunjukkan sebarang pembangunan selama ini.
“Jangan terpengaruh dengan dakwaan sesetengah individu berkenaan
kerana jika kita lihat Kiulu telah banyak berubah jika dibandingkan satu
ketika dahulu.”
“Pelaksanaan program seumpama ini juga merupakan satu perubahan bagi
Kiulu kerana ia merupakan satu transformasi minda yang besar maknanya
bagi membantu menjana pendapatan,”katanya. Seorang
‘molohingon’ memberikan nyiru kepada Madius yang berisikan daun
siri,buah pinang dan beras sebagai simbolik upacara sumalakoi sambil di
saksikan oleh Joniston(tiga dari kanan) dalam majlis pelancaran hari
melawat kiulu 2017,hari ini.-Gambar Oleh Alex Mairin.
Sementara itu, ADUN Kiulu Datuk Joniston Bangkuai turut menyeru
masyarakat Kiulu agar terus bersatu padu dan menjalin kerjasama dalam
usaha untuk merancakkan pembangunan industri pelancongan di kawasan ini.“Sepanjang empat tahun saya menjalankan tanggungjawab sebagai Adun,
saya tidak mahu cakap apa yang telah saya berikan tetapi biarlah
masyarakat sendiri yang menilainya.”
“Saya juga menyeru orang ramai agar terus bersatu padu dalam usaha
untuk membangunkan industri pelancongan di kawasan ini,”katanya ketika
menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan.
Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian seperti
persembahan Tarian Botumban,upacara ‘Sumalakoi’, simbolik ‘Moninsib’,
‘Moginakan’, persembahan artis jemputan serta cabutan tiket
bertuah.-Leolerry Lajius/SayangSabah Madius,
membuat simbolik Moninsib dan Moginakan (mengiris daging dan makan
bersama) sempena majlis penlancaran bulan melawat kiulu 2017,hari ini.
-Gambar Oleh Alex Mairin
No comments:
Post a Comment