Lima suspek ditahan polis hari ini berhubung siasatan kes kebakaran
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Dato Keramat, Kuala
Lumpur yang mengorbankan lebih 20 orang kelmarin.
Mereka berusia antara 16 hingga 18 tahun dipercayai tinggal di kawasan berhampiran.
Laporan BH Online menyatakan tiga pelajar tahfiz itu diambil keterangannya bagi membantu siasatan.
Memetik sumber, portal itu menyatakan penahanan itu dibuat hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat.
"Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan.
"Mereka dipercayai menggunakan minyak petrol itu untuk membakar pusat tahfiz berkenaan," katanya.
BH Online melaporkan suspek dipercayai menceroboh masuk pusat tahfiz terbabit membawa tong gas, tilam ke tingkat tiga.
"Mereka juga dipercayai mengunci pintu bilik asrama sebelum meletakkan tilam dan menghalakan muncung tong gas ke arah pintu bilik asrama pelajar dan guru sebelum membakar minyak petrol," katanya.
Sementara itu memetik kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur agensi berita Bernama melaporkan tujuh remaja ditahan setakat ini.
Difahamkan polis Kuala Lumpur akan mengadakan sidang media pada malam ini.
Credit:
https://www malaysiakini com

No comments:
Post a Comment